• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Lega Terima Katil Wakaf

DUNGUN, 28 September- Tindakan segera Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menghantar katil khusus untuk pesakit melegakan sebuah keluarga dari Kampung Dendang, disini.

Mohd Khairul Asyraf Ahmad berkata, ibunya Nor Madiah Seman yang baru keluar dari menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kini hanya mampu terlantar dikatil kerana mengalami penyakit 'minor stroke' dan  juga kencing manis.

"Dengan bantuan ini dapatlah memudahkan kami adik- beradik untuk menjaga emak serta meringankan sedikit beban.

"Memang perkhidmatan yang dihulurkan sangat cepat, sebaik emak keluar dari hospital, katil pun telah sampai," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menerima kunjungan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman di kediamannya, semalam.

Dalam pada itu Ghazali berkata, pihaknya sentiasa mencaknai dan prihatin terhadap setiap rakyat di DUN Bukit Besi.

"Sentiasa saya mendoakan agar setiap rakyat disini sentiasa berada didalam keadaan sejahtera, aktiviti ziarah ini merupakan amalan biasa yang kita lakukan secara berkala, walau sesibuk manapun kita akan tetap cari ruang masa untuk mencaknai seluruh rakyat disini terutama kepada mereka yang diuji masalah kesihatan," ujarnya.

 


Tag: