• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi


Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi bermula Februari 2018.

Akhbar Suara Transformasi 2018 menampilkan ciri baharu apabila pembaca kini dapat melihat video melalui telefon bimbit hanya dengan mengimbas kod QR pada berita terpilih dalam akhbar tersebut.

Ciri ini diperkenalkan bagi memberikan kelainan kepada pembaca agar berita yang disampaikan adalah berkualiti dan padat dengan informasi beserta paparan video.

Pembaca terlebih dahulu perlu memastikan telefon bimbit dilengkapi dengan aplikasi pengimbas kod QR sebelum dapat menggunakan ciri baharu ini. Aplikasi pengimbas kod QR ini boleh dimuat turun dari Google Playstore atau AppStore.

Akhbar Suara Transformasi adalah akhbar lapan muka surat keluaran Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang telah diberi nafas baharu oleh peneraju utama unit itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat.

Akhbar interaktif Suara Transformasi yang menggabungkan konsep teknologi digital dalam penerbitannya bukan sahaja menawarkan kepuasan, malah turut menghargai pembaca dengan menyediakan hadiah bulanan berupa telefon bimbit kepada yang bertuah.
 -terengganu.news

Tag: