• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lima Keluarga Gembira Projek Baikpulih Air Rumah Siap Sepenuhnya

DUNGUN, 18 Oktober - Lima keluarga sekitar daerah ini melahirkan rasa gembira apabila projek baikpulih sistem air di rumah mereka siap sepenuhnya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Wan Hassan Mohd Ramli berkata, projek ini merupakan hasil daripada peruntukan 'Coporate Social Responsibility' kepada pengerusi suruhanjaya berkenaan khusus bagi mengendalikan hal-hal berkaitan air.

"Dua keluarga di Kampung Alor Tembesu dan tiga lagi dari Kampung Padang Jambu, Kampung Pengkalan Jering serta Kampung Bukit Chatak yang telah dikenalpasti sebelum ini menyatakan rasa gembira apabila kerja-kerja baikpulih telah sempurna dilaksanakan.

"Kerja-kerja baikpulih ini melibatkan pelbagai bentuk masalah air yang dihadapi oleh mereka, ada diantara mereka yang tekanan air dirumahnya terlalu rendah dan ada yang hanya menggunakan air telaga sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah-rumah yang telah menerima bantuan berkenaan, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata, masih ada permohonan lain yang sedang diproses dan pihaknya akan mengambil langkah segera untuk cuba selesaikan kerana isu air adalah suatu masalah yang kritikal bagi penduduk.

 

 


Tag: