• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

KEMAMAN, 1 Jun - Perlindungan diri daripada sebarang perkara yang boleh mencederakan individu adalah perlu malah wajib dilakukan kerana ianya adalah salah satu tuntutan agama.

Salah seorang penerima suntikan vaksin Covid-19, Razali Awang, 51, ketika ditemui menyeru semua masyarakat di Kemaman agar jangan mengambil mudah tentang wabak yang melanda negara sekarang.

Razali Awang di Pusat Suntikan Vaksin Covid-19.

"Marilah sama-sama kita menyahut seruan kerajaan agar mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini.

"Ini adalah satu pertahanan untuk diri kita dalam melawan wabak yang melanda negeri dan negara kita sekarang," katanya.

"Malah ianya juga dituntut di dalam Islam agar mempertahankan diri daripada sebarang ancaman yang boleh memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat di ,sekitar kita," ujarnya.

Razali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Cicar, Kijal ditemui di Pusat Suntikan Vaksin Covid-19 setelah selesai mengambil dos pertamanya di Dewan Seri Amar, Kemaman pagi semalam.

Penerima suntikan sedang menunggu giliran.

"Jangan kita mudah terpedaya dengan dakyah yang cuba mengelirukan kita semua tentang vaksin ini.

"Di samping berdoa kepada Allah, ini juga adalah salah satu ikhtiar bagi kita untuk melandaikan wabak ini yang masih membimbangkan kerajaan," ujarnya.


Tag: