• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

LKIM Pulau Kambing Henti Operasi Susulan Peningkatan Kes COVID-19

KUALA TERENGGANU, 8 September - Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing menghentikan seluruh operasinya meliputi perniagaan jualan minyak, air batu dan pusat isytiha susulan peningkatan kes positif Covid-19 yang berlaku di tempat terbabit.

Menurut suatu kenyataan daripada LKIM berkenaan, berikutan penutupan bermula hari ini itu, segala aktiviti pendaratan dan jualan ikan tidak dibenarkan selama tujuh hari.

"Bagi Vessel yang terlibat dengan pendaratan di Pulau Kambing boleh mendaratkan hasil tangkapan di pelabuhan LKIM Chendering.

"Penutupan ini dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuala Terengganu di atas peningkatan kes berkenaan membabitkan kompleks ini," ujar kenyataan tersebut, semalam 

 


Tag: