• 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445

Loji Bukit Sah Selesai Dinaik Taraf, Atasi Isu Air

KEMAMAN, 13 Jun - Projek naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Sah di Kemaman yang menelan kos RM690 juta telah siap dan boleh beroperasi sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, berita gembira itu bakal memberikan sumber bekalan air berkualiti terutama untuk keperluan industri dan domestik di Kemaman.

"Projek ini telah memberi manfaat kepada penduduk di Chukai, Teluk Kalong, Air putih, Kemasik, Kijal dan Kerteh.

“Ia melibatkan 325,000 orang dan 60,457 akaun pengguna bekalan air paip Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU),” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke loji tersebut, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Abdul Karim Endut.

Menurut Dr Mamad, kapasiti pengeluaran air untuk Loji Rawatan Air Bukit Sah ketika ini telah mencapai 255 juta liter sehari (mld) berbanding 225 mld sebelum dinaik taraf dan ditambah baik.