• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Maahad Tahfiz Lumpuh Dibantu Sukarelawan Kuala Nerus

TEMERLOH, 31 Disember – Maahad Tahfiz Integrasi Mukmin yang terkesan teruk selepas ditenggelami banjir kilat telah mendapat perhatian dan bantuan tenaga daripada 46 orang sukarelawan daripada badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) dan kawasan Kuala Nerus.

Menurut Timbalan Pengerusi pusat pendidikan agama tersebut, banjir kilat tersebut adalah lebih parah berbanding pada musim tengkujuh pada Januari lalu.

"Ketinggian air banjir melepasi paras kepala di seluruh kawasan tahfiz dan kos kerugian yang ditanggung sekitar RM100 hingga RM300 ribu.

"Bangunan-bangunan yang telah pun berusia 35 tahun yang sebelum ini berjaya melahirkan ribuan pelajar tahfiz juga terpaksa di bangunkan untuk kali kedua.

"Namun begitu, Alhamdullilah saya berterima kasih kepada sukarelawan daripada Kuala Nerus atas usaha dan bantuan yang diberikan

Tambahnya, beliau turut redha serta menganggap segala ujian tersebut datangnya daripada Allah SWT dan percaya akan mendapat kebaikan pada masa hadapan terutama kepada 200 orang anak-anak tahfiz yang belajar di situ.

Dalam pada itu, kumpulan bantuan yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir Mohd Fadhil telah hadir ke tempat kejadian bagi mengerahkan tenaga membersihkan lumpur tebal meliputi hampir semua kawasan pusat itu.

“Kami telah ditugaskan untuk mencuci kawasan Maahad Tahfiz ini yang dikatakan dalam pembinaan semula dua kali diuji dengan banjir besar hingga menyebabkan kerujian sebanyak ratusan ribu ringgit.

“Misi banjir dijalankan sebagai tanda peduli dan cakna terhadap mangsa banjir terutama mereka yang seagama,” kata Mohd Fadhil sewaktu proses pembersihan di kawasan tersebut.