• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

KOTA PUTERA, 14 Februari - "Macam mimpi," luah Ibrahim Awang, 52, setelah hasratnya untuk memiliki rumah sendiri di bawah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) tercapai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman menyerahkan kediaman itu baru-baru ini.

Katanya, penyakit asma kronik yang dihidapinya menyebabkan segala pergerakan terhad dan bekerja seperti biasa.

“Saya tidak mampu lagi untuk memandu lori yang menjadi sumber pendapatan, penyakit asma makin teruk. Sekarang saya hanya mampu bantu isteri jual pulut berhias dan jual kuih,” ujarnya.

Pendapatan tidak menentu turut menyebabkan mereka sekeluarga tidak mampu untuk membina rumah sebaliknya hanya menyewa.

“Saya mula menyewa sejak anak saya yang ini berumur 3 tahun,” katanya.

“Syukur tidak terhingga kepada Allah dan terima kasih kepada ADUN Kota Putera kerana memudahkan urusan saya untuk memiliki rumah ini,” katanya.


Tag: