• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Madinah Ramadan ‘Bercahaya’ Dengan Qiamulail

KUALA TERENGGANU, 14 April - Madinah Ramadan di Tapak Jambatan angkat (Drawbridge), Kuala Terengganu pagi tadi dihidupkan dengan Program Qiamullail Perdana anjuran Kerajaan Negeri.

Program tahunan itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Ahmad Samsuri dalam ucapan perasmian berharap agar program demikian menjadi pemangkin terhadap semua lapisan masyarakat mengejar ganjaran mengidupkan malam dengan ibadat.

“Moga apa yang kita lakukan ini menjadi penyebab untuk kita terus melakukan aktiviti ini pada masa akan datang secara istiqamah.

“Semoga turut menjadi penyebab kita punyai keazaman bagi kita teruskan dan tidak semata sempena menyambut Ramadan sahaja,”  katanya.

Program yang bermula seawal jam 4 pagi itu kemudian diteruskan dengan sahur sehingga kuliah Subuh.

Madinah Ramadan berlangsung sejak 8 Ramadan dan bakal tamat pada 29 Ramadan dalam usaha kerajaan negeri membawa rakyat Terengganu memaknai Ramadan.

 


Tag: