• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Mahasiswa Kagum Pengisian Madinah Ramadan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 April – Seramai 70 orang mahasiswa yang terlibat dengan street dakwah di sini meluahkan rasa kagum terhadap pengisian Madinah Ramadan sepanjang bulan puasa di Terengganu.

Muhammad Attif Hannan Arifin, 22, berkata Madinah Ramadan pada tahun ini menunjukkan kelainan dari pelbagai sudut khususnya tempat yang luas, strategik dan sesuai bagi semua lapisan masyarakat untuk berhimpun di sini.

Di samping itu katanya, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh penganjur seperti penghawa dingin di dalam khemah, tandas yang selesa dan letak kereta yang luas untuk pengunjung datang ke tempat program.

“Program Madinah itu perlu dilaksanakan dan diteruskan pada setiap tahun kerana ia merupakan medan terbaik untuk berdakwah.

“Ia seiring dengan dasar kerajaan iaitu Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera (TMBS),” katanya ketika dihubungi oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini.

Dia yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Terengganu, bersetuju dan menyokong segala pelan tanduk yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Inisiatif itu juga merupakan akses terbaik bagi golongan belia, anak muda dan siswa untuk berhubung antara satu sama lain bagi menukar pendapat dan idea untuk menyebarkan dakwah di negeri ini.

Sementara, seramai lebih 70 orang mahasiswa GAMIS terlibat dalam menjayakan program Street Dakwah di sekitar kawasan Madinah Ramadan.

“Ia bertujuan untuk berdakwah kepada orang awam sekali gus mengajak dan menerangkan kepada mereka tentang pengisian program yang ada di Madinah Ramadan ini.

“Program yang bermula pada Jumaat lepas sekitar jam 5.00 petang itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh pengunjung yang hadir ke sekitar tapak program,” ujarnya.

 


Tag: