• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Mahmudiah Ungguli Kejohanan Merentas Desa SMA Terengganu

Kontinjen SMA Mahmudiah.


Oleh : Ariss Alias
Foto : Ahmad Aliff Abdul Mutalib

SETIU, 13 Februari - Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah mengungguli Kejohanan Merentas Desa SMA Terengganu selepas dinobatkan sebagai johan keseluruhan hari ini.

Kejuaraan itu diperoleh selepas sekolah yang berpangkalan di Kuala Berang itu muncul juara keseluruhan dalam ketegori lelaki dan perempuan.

Pengetua SMA Mahmudiah, Rosdi Mat Rani menzahirkan rasa kesyukuran setelah anak-anak didiknya berjaya mempertahankan gelaran itu untuk tempoh empat tahun berturut-turut sejak 2017.

“Jutaan terima kasih kepada semua kontinjen dan guru pengiring yang bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan ini.

“Harapan saya semoga pasukan ini akan lebih bersemarak lagi untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kelima tahun depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan selepas upacara penyampaian hadiah kejohanan itu di Dewan At-Tirmizi, SMA Setiu (SEMASE), Permaisuri di sini.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.

Kejohanan Merentas Desa SMA Terengganu tahun 2020 ini merupakan edisi keempat dan telah disertai oleh 14 buah sekolah agama di JHEAT.


Tag: