lightning-solid
Berita :
Majlis Khatam Al-Quran “Dungun Cinta Quran” Disambut Meriah
Majlis Khatam Al-Quran “Dungun Cinta Quran” Disambut Meriah
Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
19 jam yang lepas
167

DUNGUN, 28 Disember— Majlis Khatam Al-Quran Dungun Cinta Quran kali ke-2 telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid As-Salikin, Sungai Udang, Dungun pada Sabtu.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli kertika berucap merasmikan majlis itu menyatakan bahawa al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dikhatamkan, tetapi perlu difahami, dihayati serta diamalkan dalam kehidupan seharian.

"Apabila al-Quran dijadikan panduan hidup, ia akan melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani, akhlak dan intelektual, seterusnya membentuk masyarakat yang berakhlak mulia dan berilmu," ucapnya.

Program ini telah menghimpunkan seramai 300 orang muslimat dari sekitar daerah Dungun dan kawasan berhampiran, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap usaha menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan sesi khatam Al-Quran beramai-ramai, bacaan doa, tazkirah ringkas serta penyampaian cenderahati kepada para peserta.


Tag :

Artikel Berkaitan