• 10 Mei 2021 | 28 Ramadhan 1442

Mak Ngah Lah Terima Bantuan Pelbagai Pihak

MARANG, 23 Februari - Pelbagai pihak tampil membantu warga emas,Hamlah Ismail atau lebih dikenali Mak Ngah Lah, 73, yang ditimpa musibah kebakaran rumah di Kampung Kelulut baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 11 Februari lalu, hampir separuh rumah milik Mak Ngah Lah hangus.

Sebelum ini warga emas itu menerima kunjungan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang yang hadir bersama-sama menyerahkan bantuan segera berbentuk keperluan asas pada hari kejadian.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, berkata di samping PKM Rhu Rendang, ada juga bantuan yang disampaikan daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Marang.

"Rata-rata sebahagian besar daripada 36 JPKK di Dun Rhu Rendang, telah membuat kutipan derma dan menyumbang sejumlah wang kepada mangsa kebakaran ini.

Katanya ketika dihubungi oleh Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Turut hadir sebelum ini, adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, dan JPKK Kampung Baru Bukit Kecil.

Menurutnya Nasaruddin, Makngah Lah juga akan menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) secara one-off bernilai RM3000.

"Manakala, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula sedang menunggu proses dokumen lengkap daripada pemohon untuk diangkat kepada Tabung Darul Iman bagi menyalurkan bantuan.

"Kita sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang tampil membantu sementara menunggu proses bantuan lain daripada agensi dapat disampaikan.

"Walaubagaimanapun, kita juga bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku, dan proses siasatan telah dibuat oleh pihak forensik Jabatan Bomba Malaysia, tambahnya.

 


Tag: