• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Malam PKP Di Terengganu 'Sunyi'

KUALA NERUS, 26 Mei – Suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu malam di Terengganu kelihatan agak 'sunyi' berbanding sebelum ekoran peningkatan kes mendadak di negeri berkenaan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab ketika dihubungi berkata, beliau merasakan orang ramai mula sedar akan kepentingan mematuhi perintah tersebut memandangkan kes kematian juga meningkat.

"Tinjauan saya selepas isyak malam semalam mendapati jalan sudah pun lengang daripada kenderaan dan kedai-kedai dilihat tutup berikutan arahan tutup jam 8.00 malam

"Semoga ‘trend’ ini kekal sehingga ke tamat PKP 3.0 ini nanti,” jelasnya lagi

Sementara itu, seorang warga Seberang Takir, Adhha Yassin, 31, ketika ditemui berkata, seluruh rakyat diharap lebih peka akan prosedur operasi standard (SOP) kerana DUN berkenaan tidak terlepas daripada peningkatan kes yang ketara.

“Keluar jika perlu, sebelum menyesal kemudian lebih baik mencegah daripada sekarang.

“Berperang dengan apa yang tak nampak di mata, jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hai dan jangan pentingkan diri sendiri," nasihatnya.

 


Tag: