• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Mangsa Banjir Di Dungun Kembali Meningkat

DUNGUN, 19 Disember- Mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat  kepada 261 orang susulan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) pada tengah malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, terdahulu hanya merekodkan seramai 248 mangsa daripada 85 keluarga di dua PPS.

“Namun ia meningkat kembali setelah PPS Dewan Orang Kampung Minda  dibuka apabila perkampungan tersebut mula dilanda banjir malam tadi.

“Setakat ini, PPS yang dibuka 9.30 malam tadi itu, menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.

 “Dua PPS lain yang kekal dibuka iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja melibatkan seramai 177 daripada 64 keluarga dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukur pula mempunyai 71 mangsa daripada 21 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Setakat ini, hanya daerah Dungun yang masih terjejas menerusi gelombang banjir kedua yang melanda Terengganu sejak kelmarin.

Tambah beliau, ketika ini, hujan masih melanda di beberapa kawasan di Terengganu manakala beberapa lembangan sungai di Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus berada paras bahaya dan berjaga-jaga.