• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Mangsa Banjir di Setiu Meningkat Kepada 179 Orang

SETIU, 25 Disember -Mangsa banjir di daerah Setiu meningkat kepada 197 orang awal pagi ini daripada 50 keluarga berbanding 151 orang pada sebelah malam semalam.

Menurut kenyataan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah (JPBD) Setiu, jumlah PPS  bertambah kepada lapan, berbanding enam malam semalam.

"Dua PPS yang bertambah ialah PPS Perpustakaan Setiu yang melibatkan 33 orang dari 9 keluarga dan PPS Kampung Nyatoh Penarik yang menempatkan tiga keluarga seramai 10 orang," ujarnya.

Sementara itu, mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Tong juga meningkat daripada 21 kepada 24 orang.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof menyampaikan pesanan kepada penduduk berhampiran sungai agar sentiasa mengambil langkah berwaspada dan bersiap-sedia untuk berpindah sekiranya perlu.

"Usah tunggu keadaan genting baru berpindah dan sekiranya boleh elakkan berpindah ketika waktu malam," tambahnya.

Semalam, Setiu kembali dilanda banjir apabila enam buah PPS dibuka susulan hujan lebat berterusan.


Tag: