• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Meningkat

KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu terus meningkat apabila merekodkan 415 mangsa.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, kesemua mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Dungun dan Kemaman.

Pagi tadi hanya 388 orang daripada 115 keluarga dipindahkan ke dua PPS di daerah sama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, PPS Surau Kampung Ban Ho, Kemaman menjadi pusat pemindahan baharu yang dibuka.

"Keadaan cuaca di kebanyakan tempat adalah mendung," ujar kenyataan itu.

 


Tag: