• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Mangsa Banjir Terengganu Kini 4,463

KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 4,463 orang, setakat pukul 10 pagi ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sebanyak 91 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di kesemua lapan daerah di negeri ini. 

Katanya, Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi selepas seramai 2,158 orang dipindahkan ke 21 PPS diikuti Setiu (824 orang), Hulu Terengganu (689 orang), Besut (397 orang) dan Kuala Nerus (187 orang) 

“Di Dungun pula penduduk yang terjejas ialah seramai 145 orang manakala Kuala Terengganu (58 orang) dan Marang (5 orang),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sekretariat itu berkata, cuaca semasa pagi ini masih lagi hujan lebat di kebanyakan daerah.