• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Mangsa Kebakaran Dapat Perhatian Pemimpin


Nasib tujuh beranak apabila rumah yang mereka diami di Kampung Temala, Marang hangus dalam kebakaran semalam, mendapat perhatian Adun Pengkalan Berangan A.Latiff Awang.

A.Latiff yang melawat keluarga mangsa turut menyampaikan bantuan peribadi  kepada Sauji Abdul Rashid, sebagai tanda prihatin dengan musibah yang berlaku.


Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat siasatan kerugian mangsa supaya bantuan dapat disalurkan kepada Sauji yang tinggal bersama isteri dan lima anaknya.

A.Latiff yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Marang melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran yang disebabkan litar pintas itu.

Tag: