• 20 Sept 2021 | 12 Safar 1443

Mangsa Ribut Terharu Rumah Dibaik Pulih

KUALA NERUS, 30 November - Seorang penduduk di Kampung Banggol Donas menlahirkan rasa terharu selepas kediamannya yang rosak teruk dibadai ribut pada 17 Oktober lalu selesai dibaik pulih.

Pemilik rumah tersebut, Kamaruddin Muda, 50, berkata kecaknaan pemimpin setempat terhadap permasalahan penduduk memberinya banyak kelegaan.

“Terima kasih YB dan juga pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading atas pembaikan ini. Jumlah kerosakan tersebut sangat tinggi dan sememangnya tidak mampu untuk saya tanggung,” jelas beliau semasa ditemui media di kediamannya semalam.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banggol Donas, Rosli Bidin.

Sementara itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim, pembaikan kediaman tersebut dimulakan seawal hari ketiga selepas berlakunya ribut tersebut.

Beginilah keadaan rumah Kamaruddin yang rosak dibadai ribut, 17 oktober lalu

“Pembaikan rumah tersebut bermula agak lambat kerana kita bersihkan pokok yang tumbang dahulu yang menimpa rumah tersebut.

“Alhamdulillah kita berjaya membaik pulih rumah tersebut dalam masa empat hari dengan melibatkan kos sebanyak RM5,000,“ ujar beliau lagi.

Beliau juga menyatakan pembaikan tersebut melibatkan penukaran atap, kayu dan juga struktur-struktur yang rosak pada rumah tersebut. 

 


Tag: