• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Manifesto Terakhir Kini Dalam Proses Tindakan

KUALA TERENGGANU, 11 Oktober – Kerajaan negeri komited melaksanakan kesemua janji ditawarkan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 apabila manifesto terakhir melibatkan Pembinaan Bandar Baharu Lestari yang kini dalam proses tindakan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihak kerajaan telah mengenalpasti lokasi pilihan bagi bandar baharu tersebut.

“Mewujudkan Bandar Baharu Lestari menjadi manifesto terakhir bagi pihak kerajaan sedang usahakan antara 20 janji yang kita (Pas) tawarkan.

“Kini manifesto itu sudah dalam proses undang-undang setelah Bukit Seraya menjadi lokasi pilihan pihak kerajaan negeri bagi dbangunkan.

“Tanah 100 ekar itu menrupakan milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jadi kita sedang melakukan rundingan proses menukar status itu kepada kerajaan negeri bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata demikian dalam Bicara isu Semasa di TV Pas baru-baru ini.

Manifesto tersebut menjadi senarai terakhir yang diusahakan apabila manifesto ke-19, membina 20,000 unit rumah kepada rakyat berjaya dicapai baru-baru ini.

“Pihak kerajaan akan menghantar cadangan pelan daripada pihak kita kepada PLANMalaysia bagi ditambah baik susun atur perancangan yang kita inginkan.

“Mereka (PLANMalaysia) akan mengembalikan kepada mereka untuk dikemaskini, pada masa yang sama rakyat Terengganu turut berpeluang memberi cadangan.

“Pembangunan ini tidak siap segera kerana perancangan skala besar, jadi kena bagi peluang penggal kedua pula untuk lihat hasilnya,” tambahnya.


Tag: