• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Manir Corp Juarai Kejohanan Futsal Tertutup Teluk Menara

HULU TERENGGANU, 30 Oktober - Pasukan jemputan Manir Cops Polis PDRM Balai Manir muncul juara Kejohanan Futsal Padang Tertutup anjuran Kelab Belia Sahabat Sejahtera Teluk Menara yang diadakan semalam.

Di perlawanan akhir, Manir Cops menewaskan KUDQI B 1-0 untuk membawa pulang hadiah wang tunai, KUDQI B akur dikedudukan naib johan, manakala tempat ketiga KUDQI A dan empat keempat Geng Ngutip FC.

Hadir menyaksikan perlawan akhir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun.


Turut hadir, Ketua Belia Sejahtera Manir Umar Abu Dardak Suhaimi dan Ketua DACS DUN Manir Zulkifli Ngah.

Sebanyak 10 pasukan menyertai kejohanan kali ini dalam pusingan liga yang berentap pada sesi pagi dan petang sebelumnya bagi menentukan kelayakan ke pusingan akhir dan separuh akhir.

Kejohanan tersebut diadakan di padang bola kampung Teluk Menara bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara para pemain disamping mengamalkan aktiviti ke arah gaya hidup sihat melalui bersukan.


Tag: