• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Masalah Saliran Alor Damat Akan Selesai

Shaharizukirnain Abd Kadir (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh

SETIU, 7 Februari - Masalah saliran yang berlaku di Kampung Alor Damat berdekatan Batu Rakit akan diselesaikan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menghantui dan membimbangkan penduduk kawasan itu.

Ujarnya, beliau akan menyelesaikan masalah ini bersama-sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta satu lawatan rasmi akan diadakan dalam masa  terdekat bagi mencari punca dan jalan penyelesaian.
Shaharizukirnain Abd Kadir ketika menjawab soalan yang dibangkitkan masyarakat di sini.
"Insya-Allah saya akan buat satu lawatan ke kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

"Saya akan hadir bersama-sama dengan pihak terlibat, pegawai penyelaras DUN dan MPKK minggu hadapan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh orang ramai pada segmen 'Aduan Rakyat' selepas merasmikan Majlis Pelancaran Badan Khairat Kematian Masjid Al-Ukhuwwah, Mengabang Telong pada petang kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, AJK MPKK Pengkalan Maras, Mengabang Telong, Alor Damat dan Taman Perumahan Wakaf Tengah.

Masalah saliran yang berlaku itu sangat menjejaskan penduduk kampung itu untuk melakukan aktiviti harian dengan lancar.

Masyarakat sekitar tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab.
Masalah itu bertambah teruk apabila tiba musim hujan terutama di penghujung tahun.

Kos yang sangat besar untuk membaiki saliran itu menjadi punca masalah itu berlarutan dari tahun ke tahun.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian program itu, beliau memuji langkah yang diambil oleh pihak masjid dan empat MPKK yang terbabit dalam usaha menubuhkan badan khairat kematian bagi membantu pengurusan jenazah penduduk kampung dan musibah yang berlaku.


Tag: