• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih

KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Hanya 20 minit solat sunat tarawih lapan rakaat dan witir yang dilakukan di Masjid Buluh Gading menjadi tumpuan dan pilihan rakyat untuk menunaikan ibadat terbabit setiap kali Ramadan.

Imam Masjid Buluh Gading, Muhammad Hafiz Abdul Halim berkata, 22, berkata sepanjang Ramadan tidak kurang dihadiri 500 jemah yang bersama-sama mengambil kesempatan untuk melakukan solat sunat tarawih dan witir yang dimulakan pada jam 8.45 malam dan berkahir jam 9.05 malam.

"Solat tarawih yang ringkas ini antaranya bagi mengalakkan golongan yang uzur supaya sama-sama dapat menunaikan solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan.

"Dekat sini tiada tazkirah, dari segi bacaan pula kita baca surah pendek untuk memendekkan masa sebab tak nak bagi jemaah tunggu lama terutama jemaah uzur," katanya.

Jemaah masjid tersebut, Mohd Shukri Salleh, 48, berkata kaedah yang dilaksanakan itu telah menarik ramai golongan muda dari kampung di sekitar untuk sama-sama menunaikan solat tarawih tersebut.

"Solat tarawih kat sini cepat sebab imam akan baca surah pendek sahaja, dia tahu orang tua ramai di sini tak mahu penat, sebab itu dia (imam)baca surah pendek," ujarnya.

Bagi Muhammad Shahir Shaari, 30. pula berkata dengan kaedah yang dilaksanakan itu menjadikan ramai yang memilih untuk melaksanakan solat tarawih di Masjid Buluh Gading.

"Dengan sedikit ruang masa yang ada selepas tarawih itu membolehkan untuk mereka menyelesaikan pelbagai urusan lain bersama keluarga," katanya.