• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Masjid Terengganu Diseru Pasang Boreng Air Bantu Penduduk

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos - Semua masjid di negeri Terengganu diseru memasang boreng air bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah berkata, pemasangan boreng air tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan peruntukan duit masjid atau memohon sumbangan ahli kariah setempat.

"Saya menggalakkan ahli-ahli jawatankuasa masjid terutama di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air menyahut cadangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ini.

"Ini sebagai persediaan sewaktu ketiadaan air di kawasan tersebut dan memudahkan masyarakat sekaligus menjadikan masjid sebagai pusat kebajikan komuniti," katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan JHEAT, hari ini.

Beliau turut membuka peluang kepada individu-individu yang berkemampuan untuk menyumbang kepada pihak masjid bagi menjayakan usaha berkenaan.

Sebagai langkah menyokong inisiatif tersebut, Mohd Nor telah memulakan usaha wakaf boreng air di Masjid Pagar Ubi, Kuala Nerus untuk membantu orang ramai mendapatkan bekalan air.

 

 


Tag: