• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Masyarakat Masih Keliru Dengan SOP

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Kalangan pengusaha premis makanan dan pelanggan di negeri ini masih lagi keliru dengan kebenaran aktiviti 'dine-in' yang bermula kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sepanjang dua hari pemantauan dijalankan, pihaknya mengesan beberapa kesalahan, namun buat masa ini tiada tindakan penguatkuasaan diambil bagi mendidik orang ramai.

“Wujud kekeliruan mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu ini yang secara tidak langsung menyebabkan aktiviti dine in kurang mendapat sambutan.

“Saya telah mengarahkan semua ketua polis daerah agar tidak mengenakan kompaun lagi dalam tempoh tiga hari ini bagi memberi kefahaman kepada pelanggan, pekerja serta majikan di premis-premis makanan dan minuman (F&B),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memantau  restoran dan medan selera di pusat beli-belah, Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di sini semalam.

Rohaimi berkata, kesemua 147 pasukan pemantauan akan terus digerakkan bagi memeriksa premis-premis di negeri ini.


Tag: