• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Masyarakat Perlu Berubah - MB Terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Masyarakat islam di negeri ini sewajarnya berazam untuk sentiasa melakukan perubahan yang terbaik dan bukannya bersikap selesa dengan pencapaian yang ada.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada masa yang sama setiap insan perlu sentiasa bersikap positif dengan apa jua keadaan, selain perlu kreatif, inovatif dan optimis untuk mecorak kehidupan masing-masing.

Katanya, sikap seumpama itu sewajarnya perlu ada ada diri, selain perlu mencontohi sikap Rasulullah SAW.

“Rasulullah SAW dan para sahabat berjaya membebaskan diri dan pegangan mereka daripada penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Musyrikin Quraisy.

“Konsep ini lebih dekat dengan hati kita rakyat Malaysia, apakala kita menyambut kedatangan tahun baharu hijrah, pada saat yang sama kita sedang menyambut bulan kemerdekaan negara, simbolik kepada pembebasan daripada cengkaman penjajah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat  Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuaka Terengganu, pagi ini.

Ahmad Samsuri, berkata kemerdekaan cukup mahal, tidak ternilai harganya, tidak boleh ditukar beli dengan harta dunia. dan dengan kemerdekaan dan kebebasan inilah, peradaban Islam dapat mentadbir dunia.  

“Oleh kerana itu, pertahankan kemerdekaan ini, seperti bidalan orang tua-tua, adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung (erti : tidak mementingkan diri sendiri dan dan buat sesuatu untuk kebaikan bersama).

“Nilai kedua adalah Pembebasan atau Kemerdekaan. Hijrah menunjukkan Penyatuan.

“Ketiga, Hijrah menonjolkan nilai penyatuan yang kukuh, yang telah diasaskan tapaknya oleh Rasulullah SAW untuk generasi terkemudian mengikut lakaran jejak langkah baginda,” katanya.


Tag: