• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Mayat Abdul Bari Telah Dijumpai

Mayat Abdul Bari Asyraf telah ditemui di muara Sungai Terengganu.-Gambar lhsan Bomba
KUALA TERENGGANU,  10 Februari - Mayat Abdul Bari Asyraf,  31, ditemui tersangkut di Jeti EPIC  di Muara Sungai Terengganu kira-kira 7.12 pagi tadi menurut sumber yang boleh dipercayai. 

Mayat beliau kini berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. 

Jenazahnya dimandi serta dikafankan di jabatan berkenaan dan akan disolatkan di Masjid Merbau Patah di sini selepas solat Zohor, kemudian akan dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran.  

Mangsa, Abdul Bari dari Kampung Panji, di sini, ialah antara beberapa individu nekad terjun ke sungai itu bagi menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terjunam berhampiran Pulau Warisan baru-baru ini.

Pelbagai agensi terdiri daripada 24 anggota pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Terengganu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu terlibat dalam operasi pencarian.

Tag: