• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

MB Agih Bantuan Asnaf, Anak Yatim di Kuala Nerus

KUALA NERUS, 5 April – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkesempatan memberi sumbangan khas Ramadan kepada 30 asnaf dan anak yatim di daerah ini semalam.

Pengerusi Masjid Nur Bakti, Mohamad Sabry Othman berkata sumbangan tersebut bersempena dengan Program Prihatin Ramadan dan majlis berbuka puasa bersama MB yang diadakan di Masjid Nur Bakti.

“Program berkenaan dilaksanakan bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan sekali gus mendekati golongan asnaf serta yang kurang berkemampuan.

“Program yang bermula pada pukul 6 itu diawali dengan baca alunan al-Quran seterusnya sumbangan bantuan khas kepada asnaf dan anak-anak yatim,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas program berkenaan.

Tambah Mohamad Sabry, program tersebut merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus dan Masjid Nur Bakti.

Beliau berkata, matlamat lain program itu diadakan adalah untuk mengajak rakyat negeri ini khususnya rakyat setempat untuk berbuka puasa bersama-sama.

"Di samping, dapat mengerjakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih dan diadakan tazkirah sebagai pengisian rohani," jelasnya.

 


Tag: