• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MB Ajak Perantau Terengganu Berbuka Puasa Bersama

KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak seluruh perantau Terengganu untuk berbuka puasa bersama sempena Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Terengganu yang berada di Perantauan Sabtu ini.

Katanya, majlis itu akan diadakan di Dewan A Maeps, Serdang, Selangor.

"Insya-Allah saya akan hadir ke majlis berbuka puasa bersama anak-anak perantau Terengganu pada 1 April nanti.

"Dijemput semua anak-anak perantau untuk hadir sekali gus memeriahkan lagi majlis ini," ujarnya melalui facebooknya, semalam.

Majlis yang akan diadakan bermula dari jam 4 petang hingga 8 malam itu akan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Dalam pada itu, mereka yang akan hadir dikehendaki membawa bersama sejadah, juga disarankan dalam keadaan sentiasa berwuduk bagi memudahkan urusan solat berjemaah.

Bagi memberi ruang kepada Solat Maghrib berjemaah didirikan dahulu, majlis berbuka itu nanti akan dimulakan dengan air dan kurma.