• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

MB Bermotosikal Temui Rakyat

Dr Ahmad Samsuri menunggang motosikal untuk menemui rakyat di DUN Rhu Rendang kelmarin.


MARANG, 23 Januari- Kesederhanaan sebagai pemimpin negeri terserlah apabila Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sanggup bermotosikal untuk menemui rakyat bawahan termasuk pemimpin peringkat akar umbi di kawasannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, kelmarin.

Program turun padang menemui kepimpinan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN antara tugas yang tidak boleh diabaikan oleh ADUN seperti beliau.

Ia bertujuan untuk mengenal pasti perjalanan dan permasalah pengurusan di peringkat bawah sekal igus menanganinya dengan baik.

Beliau turut mengadakan sesi dialog dengan kepimpinan DUN Rhu Rendang untuk mendapatkan tindak balas bagi melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan kepada pihak terbabit.

Reaksi MB (tiga dari kanan) ketika selesai menunggang motosikal menemui rakyat di DUN Rhu Rendang kelmarin.

Dengan itu, Dr Samsuri berupaya menyelami sendiri bagaimana perjalanan pentadbiran akar umbi itu dilaksanakan mengikut dasar dan polisi negeri yang ditetapkan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030)
.

Dengan bermotosikal, beliau kelihatan seperti seorang pemimpin rakyat yang turut merasai susah senang mereka dan diterapkan inspirasi ini dalam pentadbirannya.

"Petang semalam (kelmarin), bermotosikal ke Rhu Rendang untuk berjumpa kakitangan i-MiTS dan MPKK DUN Rhu Rendang.

"Sekali-sekala naik motor, seronok juga. Menikmati udara segar sambil melihat keadaan sekeliling," jelas beliau dalam status facebooknya, semalam.


Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) menemui kepimpinan perinngkat akar umbi di DUN Rhu Rendang kelmarin.
Walaupun tidak boleh dibandingkan dengan sifat kerakyatan yang ada pada Khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, namun kesederhanaan yang diserapkan pemimpin negeri dalam apa jua keadaan menunjukkan bahawa kerajaan baru di bawah Dr Samsuri sentiasa bersama merasai denyut nadi rakyat Terengganu.

Tag: