• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

MB Dan Exco Sertai Program ‘Cakna Kesihatan Anda’

MB membuat pemeriksaan kesihatan dalam Program 'Cakna Kesihatan Anda' anjuran HSNZ Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalani pemeriksaan kesihatan sempena Program ‘Cakna Kesihatan Anda’ anjuran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tidak kurang dari 10 kakitangan hospital berkenaan dari pelbagai unit terbabit dengan program tersebut.

Tujuan program itu ialah supaya kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat sentiasa prihatin dengan kesihatan  masing-masing agar warga Terengganu mempunyai kesihatan yang baik.

Dr Mamad Puteh turut membuat pemeriksaan kesihatan dalam Program "Cakna Kesihatan Anda' anjuran HSNZ Kuala Terengganu.
Program itu juga bertujuan mengawal penyakit berjangkit dan mengenalpasti penyakit berbahaya sejak dari awal.

Ia merupakan pemeriksaan biasa termasuk ujian dan tekanan darah, jantung dan pernafasan.


Tag: