• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MB Kedah 'Zahir Sokongan' Buat TFC

KUALA TERENGGANU, 7 September - Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak terlepas bagi menghangatkan suasana menjelang aksi Perlawanan Akhir Piala FA melibatkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim FC, Sabtu ini.

Semalam, Sanusi memuatnaik video di aplikasi TikTok beliau menyarung jersi Terengganu FC ketika berkunjung ke reruai Kumpulan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) di Karnival Rakyat Sejahtera di Alor Setar, Kedah semalam. 

Video berdurasi 22 saat tersebut mendapat reaksi banyak pihak apabila orang ramai beranggapan beliau akan menyokong Terengganu FC nanti.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KDA) sering mencetuskan kehangatan perlawanan terutama apabila bertemu pasukan Harimau Selatan. 

Terengganu FC layak ke Perlawanan Akhir Piala FA 202 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) setelah kali terakhir membawa pulang piala itu pada 2011.


Tag: