• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

MB Terengganu Cakna Dan Mesra Rakyat

MESRA DAN SENYUM SOKMO... Satu reaksi spontan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) memegang bahu seorang rakyat negeri Terengganu yang kelihatan lebih berusia dari beliau, memperlihatkan kemesraan antara Menteri Besar dengan rakyatnya.

Gambar yang dimuat naik 18 Januari lalu di status Facebooknya, menyatakan caption "Kalau Datuk Seri Najib Razak ada #maluapabossku, kita ada #senyumsokmo. Aci dok?," satu persoalan bahawa Dr Ahmad Samsuri berhasrat menjadikan Kerajaan Terengganu mesra rakyat, satu agenda penting untuk mendekati dan menawan hati mereka.

Dengan kemesraan dan kecaknaan kerajaan kepada rakyat, menjadikan mereka terpikat dengan cara pembawaan kerajaan menangani masalah rakyat.

Ini sesuai dengan Kerajaan Terengganu sebagai kerajaan rakyat dalam erti mengutamakan penyelesaian masalah rakyat dalam agenda pentadbirannya termasuk Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).

Kerajaan Terengganu sentiasa mendengar keluhan dan meminta mereka memberi cadangan membina untuk meneruskan agenda rakyat dalam pentadbiran negeri tersebut.


Tag: