• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

MB Terengganu Rafak Sembah Tahniah Al-Sultan Abdullah Dilantik Agong


PERUTUSAN SEMBAH TAKZIM PEMASYHURAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke- 16 mulai tarikh 31 Januari 2019.

Patik mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Negeri Terengganu mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah hendaknya serta terus teguh memayungi negara ini dengan panduan Islam.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!  Allahu Akbar!

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
25 Januari 2019 


Tag: