• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

MB Terengganu Sambut Ketibaan PM

Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) disambut mesra Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
KUALA NERUS, 7 Januari - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini, hari ini.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira 9 pagi ini disambut oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta barisan kepimpinan negeri yang lain.


Beliau kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik di Hotel Tabung Haji Kuala Nerus sebelum menghadiri program ramah mesra dengan kanak-kanak di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Beliau mengakhiri lawatan kerja dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Penternak Dan Nelayan Terengganu di Dewan Utama Majlis Daerah Marang yang dijadualkan pada 3 petang.

Kunjungan Dr. Mahathir ke Terengganu adalah yang pertama sejak kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Tag: