• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

MB Teruja Bersama 250 Komuniti Basikal Semarak Merdeka Rhu Rendang

MARANG, 31 Ogos - Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak melepaskan peluang bersama-sama hampir 250 orang peserta kayuhan basikal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rhu Rendang, hadir pada jam 7.30 pagi bagi bersama-sama komuniti dari seluruh daerah Terengganu dalam acara 'Fun Ride' Semarak Kemerdekaan Dun Rhu Rendang 2020.

"Kemeriahan bulan merdeka diisi dengan pelbagai program diantaranya aktiviti sihat yang dapat dilakukan secara bersama-sama.

"Seronok dapat bersama komuniti sambil dapat melakukan aktiviti fizikal beramai-ramai," katanya.

Beliau berkata melalui perkongsian status di laman rasmi facebook miliknya.

Acara berbasikal itu disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hassan Awang diiringi oleh Ketua Balai Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris.

Program perasmian penutup Semarak Merdeka disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

 


Tag: