• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MB Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

MARANG, 9 Disember - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang membantu mangsa banjir di Kampung Rhu Renggeh di sini hari ini.

Kata Ahmad Samsuri, penduduk di kawasan yang dijangka akan dinaiki air dimohon bersiap sedia dan mengikut segala arahan yang diberitahu oleh pihak berkuasa.

“Beberapa tempat sudah dinaiki air dan paras air di beberapa sungai juga masih di trend menaik.

“Bersama-sama kita mendoakan agar tiada kejadian tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan di Laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini.

Turut hadir bersama dalam misi bantuan tersebut adalah anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Tambah Dr Samsuri, terdapat juga beberapa mangsa banjir yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Marang ini.

 


Tag: