Berita :
MBKT Dalam Proses Pilih Pengendali Baharu Sistem Parkir Seluruh Terengganu
MBKT Dalam Proses Pilih Pengendali Baharu Sistem Parkir Seluruh Terengganu
Adli Mohamad
2 jam yang lepas
53

MARANG, 18 Jun - Kerajaan negeri sedang dalam  proses mendapatkan syarikat pengendali baharu bagi menguruskan sistem parkir di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan sasaran mewujudkan satu aplikasi bersepadu yang dapat digunakan si seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, proses pemilikan syarikat baharu itu sedang dilaksanakan bagi memastikan pengurusan parkir dapat dijalankan lebih cekap dan mesra pengguna.

Menurutnya, buat sementara ini kaedah kutipan caj parkir akan dilaksanakan secara manusal seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak MBKT melalui laman web rasminya sebelum ini.

"Saya mengharapkan agar pihak MBKT dapat menyegerakan proses untuk pemilihan syarikat yang baru untuk menguruskan parking-parking ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Conot Taman Koperat Alur Limbat, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Wan Sukairi berkata dengan pelantikan syarikat baharu itu nanti secara tidak langsung akan menyediakan satu aplikasi yang akan memudahkan rakyat.

"Insya-Allah akan memberikan lebih kemudahan kepada rakyat di Terengganu supaya ada integrasi antara daerah-daerah yang ada dalam Terengganu ini,"ujar beliau.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan