• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

MDM Perlu Dinaiktaraf Status Perbandaran

MARANG, 9 November- Marang berhasrat mahu menaiktaraf status Majlis Daerah Marang (MDM) kepada Majlis Perbandaran Marang sekiranya sudah menepati petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan untuk ke arah itu.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Huzairil Nizam Ibrahim, berkata sudah sampai masanya  melihat Marang melakukan suatu perubahan baru dalam masa akan datang.

Katanya, pihaknya  akan lihat sedikit masa lagi kerana dengan mata kita sendiri kerana berkat kerjasama di antara kerajaan negeri dan seluruh rakyat setempat di daerah ini.

"Di samping itu, bermula tahun hadapan, pembinaan Jambatan Sungai Marang akan mula dijalankan setelah termasuk dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan baru-baru ini," katanya

"Dengan kegiatan ekonomi setempat yang sedang membangun, bukan sahaja bakal melaksanakan impian kita, malah akan juga mempercepatkan usaha ini,"katanya..

Beliau berkata ketika berucap dalam satu majlis perasmian Kilang Keropok Lekor Tok Molor yang baru sahaja membuka cawangan ke-dua di Kampung Pulau Kerengga semalam.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pengarah Urusan Keropok Lekor Tok Molor, Rapuan @ Sharuddin Abd Rahman, dan wakil agensi.

Menurutnya, ketika bertugas sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Marang sebelum ini, melihat Marang ditukar status sebagai Majlis Perbandaran Marang adalah hasrat utama.

"Ini adalah kerana Marang merupakan satu daerah strategik yang berada di tengah-tengah dan didampingi oleh dua daerah yang berstatus perbandaran," ucapnya lagi.

 

 

 


Tag: