• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Media Rakan Strategik KKMM



Pengamal media merupakan rakan strategik  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menyampaikan maklumat atau berita yang tepat kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sekiranya informasi yang disampaikan tidak betul, sudah tentu akan memberi impak tidak baik dan menimbulkan persepsi berlainan.


“Justeru, interaksi dan berkongsi maklumat dari semasa ke semasa dengan media adalah wajar bagi mengetahui perkembangan terbaru  program yang dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Meraikan Rakan Strategik, di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.



Tag: