• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Menara Telekomunikasi Baharu Selesai Masalah Capaian Internet Rakyat

Oleh : Mawaddah Mohd

HULU TERENGGANU, 1 Julai – Menara telekomunikasi baharu di Kawasan Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS) telah siap dibina dan telah mendapat maklum balas positif daripada penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata ia merupakan penyelesaian terhadap rangkaian telekomunikasi yang perlahan di kawasan penduduk yang semakin padat.

"Rentetan daripada itu, usaha membina menara telekomunikasi telah dijalankan dengan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Hulu Terengganu,"ujarnya ketika ditemui di tapak menara telekomunikasi, semalam.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Terengganu, Mohd Fairus Muhammad.

Sementara itu, rata-rata penghuni kawasan tersebut meluahkan rasa bersyukur atas inisiatif yang telah dijalankan oleh SKMM dalam menangani masalah tersebut.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Nuri Haiza A Razak, 40, berkata, penggunaan internet bertambah lancar dengan adanya pencawang telekomukasi baharu di kawasan itu.

“Sebelum ini talian internet rumah saya tidak memuaskan, nak buka gambar pun ambil masa yang lama.

"Alhamdulillah dengan kerjasama daripada pihak SKMM, penduduk dapat menggunakan internet tanpa gangguan,” tambahnya.