• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Menteri Pengangkutan Sambut Baik Cadangan MP Setiu

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Setiu yang mahu jentera milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditambah sesuai dengan tanggungjawab agensi itu.

Beliau menyatakan bahawa cadangan itu akan diteliti dengan serius kerana jentera ‘Mobile Unit’ sememangnya kurang.  

“JPJ Mobile Unit ini hanya mempunyai 17 jentera semuanya dan puratanya hanya satu unit sahaja bagi satu-satu negeri," kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong sewaktu menjawab persoalan yg dikemukakan oleh Ahli Parlimen Setiu dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) hari ini.

Mengulas mengenai penjawatan JPJ, Ka Siong memaklumkan ia hanyalah penstrukturan semula.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dimansuhkan dan digantikan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Kemudian Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dimansuhkan dan diserapkan kepada JPJ. 

“Jadi setakat ini 93 peratus jawatan Pegawai Peguatkuasa telah diisi.” Mengulas lanjut mengenai lesen memandu dan cukai jalanraya, JPJ dalam proses mmbuat pendigitalan," katanya.

 


Tag: