• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Mesyuarat Exco Lulus Tanah Untuk 349 Penduduk Mak Chili

KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Kerajaan negeri meluluskan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) baharu seluas 54.877 ekar di kawasan Kampung Mak Chili Fasa 1, Kemaman. 

Keputusan tersebut diluluskan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu bagi tujuan tapak bangunan kediaman. 

Pembahagian lot itu bakal melibatkan seramai 349 orang peserta yang terpilih bagi menyertai rancangan pemilikan tanah kediaman. 

Hal ini menjadi salah satu bukti kecaknaan kerajaan apabila urusan RTB sentiasa diluluskan untuk rakyat.  

Terdahulu, seramai 290 penerima RTB kawasan Kemaman bagi tanah pertanian kelapa sawit Felcra Lubuk Dalam IV dan RTB tanah pertanian Darat Datuk A dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.


Tag: