• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Monumen TTI Akan Dibaik Pulih


Oleh: Ahmad Fadhilah Azman

KUALA TERENGGANU, 23 Oktober -  Kerajaan negeri akan membaik pulih dan menyelenggara 22 monumen  di Taman Tamadun Islam (TTI) yang berusia hampir 10 tahun pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, perkara itu perlu diambil perhatian kerana TTI menjadi antara kawasan tumpuan pelancong.

Katanya, apa yang dilihat ada sedikit kerosakan pada beberapa replika yang berusia hampir 10 tahun dan ia perlu diperbaiki segera. Antaranya ialah cat luntur, kepingan dinding replika tercabut dan sebagainya.


“Insya-Allah saya cuba untuk dapatkan bajet pada tahun depan bagi membaik pulih taman ini, pada masa sama merancang untuk menambah beberapa buah monumen yang lebih menarik bagi tarikan pengunjung,” katanya ketika mengadakan lawatan ke TTI, semalam.

Ariffin Deraman menegaskan bahawa sedikit kerosakan yang ada, tidak menjejaskan atau menghalang pengunjung untuk melawat disini. Pihak TTI telah pun menandakan beberapa kawasan larangan untuk dilawati bagi keselamatan pengunjung.


Tag: