lightning-solid
Berita :
MPD Rangkul Anugerah Emas di ICQCC 2025 Taipei
MPD Rangkul Anugerah Emas di ICQCC 2025 Taipei
Mohd Irsyadi Abu Bakar
14 Nov 25
157

Oleh: Che Wan Muhammad Abdul Hanis

TAIPEI, 5 November – Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengharumkan nama negara apabila meraih Anugerah Emas (Gold Award) pada International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2025 di Taipei International Convention Centre (TICC), Taiwan.

Kejayaan julung kali itu diraih menerusi Projek Inovasi 'Water Splash' hasil ciptaan Kumpulan Inovasi KIK D’Gate Fighter, yang menjadi wakil tunggal dari Negeri Terengganu dan bersaing bersama lebih 400 kumpulan antarabangsa.

Yang Dipertua MPD, Lukema Meri Salleh @ Abdul Latif, pencapaian itu membuktikan kemampuan penjawat awam tempatan bersaing di peringkat dunia melalui semangat inovasi dan kerja berpasukan.

"Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) buat julung- julung kali mengharumkan nama negara mencipta sejarah di ICQCC Taipei 2025, Taiwan dan sebagai wakil tunggal Negeri Terengganu menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa bersaing dengan lebih daripada 400 kumpulan pelbagai negara telah berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award) melalui projek inovasi Water Splash.

“Tahniah pasukan KIK D’Gate Fighter atas  komitmen tinggi dan semangat luar biasa yang telah ditunjukkan. 'Inovasi Tingkatkan Prestasi',” katanya.

Pasukan pembentang diketuai oleh Lukema, bersama Tengku Suhaimi Tengku Abu Bakar, Abdul Salam + Mamat dan Mohd Zulfadli Arifin, dengan sokongan Wan Izzulhilmi Wan Nor Azizi, Abu Dzarin Che Lah, Mohd Shaifullah Zulkifli, Mohd Radzi Mohamad, Abdul Fatah Awang dan Mohd Izzat Fikri Abdullah

Kejayaan tersebut membuktikan keupayaan MPD memperkukuh budaya inovasi serta menjadi inspirasi kepada agensi kerajaan lain untuk terus melangkah ke peringkat antarabangsa.


Tag :

Artikel Berkaitan