• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MPD Tawar Diskaun Kompaun Tempat Letak Kereta 75 Peratus

KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Majlis Perbandaran Dungun  menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 75 peratus kepada orang ramai untuk melunaskan tunggakan khusus kepada kompaun Tempat Letak Kereta bermula esok hingga 15 September 2023.

Yang Dipertuanya, Tuan Azizul Ab Hadi berkata, tawaran pengurangan itu bersempena Sambutan Ulang Tahun Pemasyhuran MPD kali ke 11, Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2023. 

Katanya, pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter Bersepadu MPD dan kaunter D’ Gate Walk.

"Kempen ini adalah inisiatif MPD untuk menggalakkan Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun pada kadar tidak membebankan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil peluang keemasan ini bagi menjelaskan tunggakan kompaun agar dapat mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan melalui mahkamah," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Tuan Azizul berkata, tawaran itu hanya khusus kepada kesalahan berkaitan tidak mempamerkan kupon, tidak membayar 'parking' atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja.

Tambah beliau, promosi tersebut tidak termasuk kes-kes yang dalam proses pendakwaan dan telah disabitkan oleh mahkamah.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan MPD melalui talian 09-8481931/ 1932 atau melawati laman web http://mpd.terengganu.gov.my