• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

MPKK Bukit Besi Tunai Keperluan Belia


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 11 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa berusaha memenuhi keperluan belia walaupun dengan peruntukan kewangan yang terhad.

Ini kerana Kerajaan Terengganu memberi perhatian serius terhadap golongan belia termasuk dalam pendidikan,  sukan dan keusahawanan termasuk di peringkat kampung.

Tidak ketinggalan juga belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang bergerak seiring dengan dasar kerajaan negeri dalam semua aspek.

Pengerusi MPKK Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata,  adalah menjadi kelaziman anak muda DUN tersebut sentiasa bekerjasama dengan MPKK termasuk menyertai penganjuran aktiviti sukan.

"Walupun peruntukan terhad untuk pengurusan MPKK namun kita tak nak hampakan anak muda yang mahu menganjurkan sebarang kejohanan sukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Dialog Bersama Anak Muda Bukit Besi di Dataran Balairaya Bukit Besi, di sini baru-baru ini.

Tambahnya lagi, apa yang tidak mampu ditanggung di peringkat MPKK untuk penganjuran lebih besar, ia akan dibawa ke peringkat Penyelaras DUN berkenaan.

"Usaha ini adalah bagi memastikan pembangunan anak muda tidak dipinggirkan, dan sentiasa mendapat kecaknaan dari pihak MPKK," jelas beliau.

Tag: