• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

MPKK Bukit Tok Beng Laksana Amanah


KUALA NERUS, 2 Februari - Amanah yang diberikan  oleh kerajaan negeri sebagai organisasi yang bertanggungjawab kepada masyarakat kampung perlu dilaksanakan dengan baik oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Pengerusi MPKK Bukit Tok Beng, Md Azhar Mohd Tahir berkata, beberapa projek penting untuk kesejahteraan rakyat setempat telah dapat dilaksanakan.

"Antaranya gotong-royong menebang pokok yang merbahaya di tepi jalan dan projek longkang di Alur Kuda.

"Di samping itu membaik pulih rumah yang rosak dan membina jalan berhampiran kubur," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita kelmarin.

Oleh itu katanya, beberapa kemajuan yang telah dilaksanakan dan sesetengah projek yang lain dalam proses pembikinan.

"Selain itu, kami juga mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir melibatkan 10 buah rumah di Kampung Pinang," tambahnya.

Menurutnya, ianya adalah hasil tiga gabungan portfolio MPKK Bukit Tok Beng yang menjadi tenaga penggerak.

Antaranya portfolio penerangan dakwah dan tarbiyah, ekonomi dan kebajikan serta belia dan sukan.


Tag: