• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

MPKK Felda Jerangau Bantu Selesai Pokok Tumbang



Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) Felda Jerangau bersama komuniti setempat  berganding bahu membersihkan  kawasan pokok tumbang akibat angin kencang petang semalam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Mohd Sidek Muhammad berkata jalinan kerjasama di antara MPKK dan Komuniti Felda Jerangau menjadikan kerja yang berat menjadi mudah.

"Alhamdulillah, semua pihak mengambil perjalanan selesaikan masalah pokok tumbang yang telah menghalang laluan orang ramai.

"Kejadian berlaku petang semalam, diyakini pokok besar ini tumbang berpunca dari angin kencang," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman UPDI, pada Rabu, 24 Oktober.

Beliau turut berterima kasih kepada Pengurus Felda Jerangau, yang turut serta hadir membantu.
"Semoga jalinan kerjasama ini, akan berterusan serta yang hadir membantu diganjari pahala," ujarnya


Tag: